Bantuan Rakyat 1Malaysia

Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M merupakan satu bantuan kewangan yang diwujudkan oleh Dato' Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan Belanjawan Malaysia 2012 dengan pengagihan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari sehingga Mac 2012 dalam bentuk baucer.[1] Bantuan khas sebanyak RM500 telah diagihkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).[2] Ia dilancarkan sebagai sebahagian daripada inisiatif 1Malaysia.[3]Idea untuk mewujudkan BR1M ialah dari Bank Negara Malaysia, menurut Najib.[4]Pada 25 Ogos 2018, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan BR1M akan dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan dalam masa terdekat.[5]